tensennnnnnn....
samalm aku xcden...
tensennnnnnn....
aku patah kaki xde keta....
tensennnnnnn....
insurans cuma cover 85% je pasal usia knobi da lebih 5 thn...
tensennnnnnn....
sok exam...
tensennnnnnn....
xde mood nak study pun...
tensennnnnnn....
bayo gantirugi + kena saman...
tensennnnnnn....
PANDUAN TEKNIK MEMANDU KENDERAAN..
1) Membetulkan tempat duduk
- Membetulkan tempat duduk. Faham cara melaraskan tempat duduk. Kedudukan kaki selesa tidak terlalu jauh atau rapat dengan pedal dan kedudukan tangan tidak terlalu rapat atau jauh dengan setering.
2) Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi
- Membetulkan cermin pandang belakang (nampak belakang) dan tepi iaitu 1/4 Bahagian cermin menampakkan bahagian belakang kereta dan 3/4 lagi menampakkan pemandangan luar.
3) Memakai talipinggang keledar
- Memakai talipinggang keledar dengan betul, kemas dan sempurna.
4) Menentukan gear bebas sebelum menghidupkan enjin
- Tidak boleh menghidupkan enjin semasa ada gear kerana kereta akan bergerak.
5) Menguji keadaan Pencuci cermin dan lampu isyarat
- Faham cara untuk menghidupkan atau mematikan suis pencuci cermin dan lampu isyarat.
- Menguji keadaan pencuci cermin dan lampu isyarat boleh berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan.
6) Guna isyarat lampu atau tangan apabila diperlukan
- Faham cara menggunakan isyarat iaitu:-
a) Dipersimpangan
b) Memulakan perjalanan (masuk kealiran jalanraya)
c) Memulakan berhenti (keluar dari aliran jalanraya)
d) Memotong / memberi Ialuan
e) Menukar lorong
f) Kenderaan rosak ditepi jalan
- Menggunakan isyarat pada masa dan keadaan yang sesuai iaitu jarak tiga saat sebelum persimpangan (kelajuan 50km/j jaraknya 50m atau 2-3 tiang lampu sebelum persimpangan).
- Sekiranya isyarat lampu rosak, faham cara menggunakan isyarat tangan.
7) Guna brek dan brek tangan dengan betul
- Lihat cermin pandang belakang sebelum membrek supaya tidak membahayakan kepada kenderaan di belakang.
- Cunakan brek kaki dengan baik dan sempurna, tidak membrek secara mengejut, tidak membrek menyebabkan enjin mati, memberhentikan kenderaan secara perlahan-lahan dalam jarak yang selamat, iaitu jarak 6 kaki (2m) dari kenderaan hadapan (berhenti nampak tayar kenderaan dihadapan).
- Brek tangan hanya digunakan setelah kenderaan berhenti.
- Setelah brek tangan ditarik.
Kenderaan tidak menggelonsur (imbang rninyak dan clutch baru turunkan brek tangan).
8) Mematuhi peraturan lampu isyarat
- Merah : Berhenti (sebelum garisan berhenti).
- Kuning : Berhenti (tetapi boleh meneruskan perjalanan sekiranya telah melepasi garisan berhenti atau berhenti akan membahayakan lalulintas dibelakang).
- Hijau : Sekiranya selamat boleh meneruskan perjalanan.
9) Mematuhi tanda berhenti dipersimpangan jalan
- Calon mengamalkan peraturan yang betul dan selamat sebelum berhenti iaitu :-
a) Melihat cermin pandang belakang
b) Memperlahankan kenderaan (membrek secara beransur-ansur)
c) Menukar kepada giar yang rendah (giar 3 kepada giar 2)
d) Berhenti dengan baik dan sempurna sebelum garisan berhenti (tukar kepada giar 1 kemudian tarik brek tangan)
e) Meneruskan perjalanan sekiranya selamat
10) Mematuhi peraturan garisan dua selari / tanda-tanda jalanraya yang lain
- Garisan dua selari ditengah jalan, tidak boleh memotong, membelok ke kanan dan tidak boleh membuat pusingan "U".
- Garisan dua selari di tepi jalan, tidak boleh berhenti dan tidak boleh meletakkan kenderaan.
- Garisan dua selari melintang di persimpangan, Garisan Berhenti, tidak boleh memberhentikan kenderaan selepas garisan.
- Mematuhi peraturan tanda-tanda jalan raya yang lain seperti tidak memotong di kawasan selekoh merbahaya.
11) Memandu di lorong yang betul / kawalan setering
- Sentiasa memandu di lorong di sebelah kiri (Tidak keluar / melanggar garisan di tengah jalan, tidak makan jalan) walaupun jalan dua lorong.
- memandu di lorong kanan semasa memotong atau membelok ke kanan bagi jalan yang mempunyai dua lorong.
- Sekiranya berhenti di simpang / lampu isyarat, calon berhenti di lorong yang betul mengikut arah yang hendak dituju.
- Tidak membahayakan, menyusahkan atau menghalang lalu lintas yang lain.
- Mengawal setering dengan baik supaya kenderaan tidak bergerak ke tengah ke tepi.
- Sentiasa memegang Setering dengan kedua-dua belah tangan (kecuali semasa menukar giar).
- memegang Setering pada kedudukan 3-9/2-10 dan menggunakan sistem tarik dan tolak.
12) Memandu kenderaan di jarak yang selamat
- Mengekori kenderaan mengikut peraturan 2 saat atau pada kelajuan 20 km/j, jarak 2 buah kereta 30 km/j jarak 3 buah kereta dan apabila kenderaan yang diekori berhenti (berhenti lebih kurang 2m / 6 kaki atau berhenti nampak tayar belakang kenderaan hadapan)
13) Momotong dengan cara yang betul dan menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok
- Berada di belakang (apabila ada halangan di hadapan dan akan menggunakan jalan di sebelah kanan).
- Melihat ke hadapan
Pastikan tempat-tempat yang boleh memotong, tidak memotong di selekoh di garisan dua selari, dan pastikan tiada kenderaan yang datang dari arah hadapan atau jarak yang selamat untuk masuk semula ke kiri.
- Beri isyarat kanan
- Lihat cermin pandang belakang, tepi dan kawasan "Blind Spot".
- Menukar kepada giar rendah untuk menambahkan kekuatan untuk memecut.
- memotong di sebelah kanan, tidak boleh memotong sebelah kiri (kecuaili jika ada kenderaan di hadapan hendak membelok-ke kanan),
- Memberi isyarat kiri.
- Masuk semula ke lorong kiri dengan selamat (nampak kenderaan yang dipotong melalui cermin pandang belakang dan tepi baru bergerak ke kiri).
- Tidak memotong secara bahaya/ secara ZIG-ZAG.
14) Mematuhi Had Laju
- Mematuhi had laju yang ditetapkan.
Contoh: Kawasan sekolah 30 km/j
Bandar 50 km/i
15) Memberi keutamaan kepada pejalan kaki penunggang basikal dan motosikal.
- bertimbang rasa kepada pejalan kaki elakkan menggunakan Hon kecuali sebagai amaran atau memberitahu di jarak yang selamat.
- Memberi ruang yang mencukupi semasa memotong pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal iaitu jarak lebih kurang 1 m/3 kaki.
16) Memandu di selekoh dengan cara yang betul, perlahan dan ikut lorong yang betul
- melihat cermin pandang belakang dan tepi.
- mengurangkan kelajuan dengan membrek beransur-ansur untuk mengawal pergerakkan kereta dan merancangkan perjalanan.
- menukar giar kepada giar rendah/ menggunakan giar yang sesuai, mengikut kelajuan sebelum selekoh atau persimpangan.
- sentiasa memandu di lorong kiri, tidak makan jalan atau melanggar garisan.
17) Tidak menukar Iorong dengan tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalulintas
- Menukar lorong dengan cara yang betul
- Melihat cermin pandang belakang dan tepi, memberi isyarat lampu (kiri/kanan) atau isyarat tangan, menukar lorong apabila selamat dan tidak membahayakan/ menyusahkan lalulintas lain. Memadamkan isyarat.
- Tidak menukar lorong dengan tergesa-gesa. Tidak menukar lorong secara ZIC-ZAG dan tidak memotong barisan (Queue).
18) Memberi keutamaan kenderaan dari sebelah kanan di persimpangan dan bulatan
- Calon mematuhi peraturan apabila menghampiri simpang.
a) Melihat cermin pandang belakang.
b) Mengurangkan kelajuan, membrek secara beransur-ansur.
c) Menukar giar kepada giar rendah/ giar yang sesuai.
d) Memberi isyarat dan mengambil lorong/ kedudukan yang betul.
e) Berhenti sebelum garisan/ tidak makan jalan.
f ) Memberi keutamaan kepada kenderaan di jalan besar/ utama dan kenderaan dari hadapan/ jalan lurus jalan dulu, keutamaan kenderaan sebelah kanan di persimpangan pusingan "U" dan pusing keliling.
g) Meneruskan perjalanan apabila selamat dengan berhati-hati.
19) Memandu secara tidak merbahaya
- Calon memandu secara tidak merbahaya iaitu mematuhi/ mengamalkan peraturan- peraturan jalanraya sehingga tidak boleh menyebabkan kesesakan/ kesusahan kepada lalulintas lain. Tahu membuat keputusan dan tindakan di persimpangan, memandu tidak terlalu perlahan kurang 20 km/j.
20) Menggunakan giar sesuai mengikut kelajuan
- Menggunakan giar sesuai ketika memandu iaitu:
a) Giar 1 - memulakan perjalanan/ setiap kali mula bergerak.
b) Giar 2 - antara 20 km/j hingga 30km/j.
c) Giar 3 - antara 30 km/j hingga 40km/j.
d) Giar 4 - antara 40 km/j hingga 70km/j dan Giar 5 - 70 km/j keatas.
- Gunakan giar rendah/ lebih kuat untuk memotong atau mendaki bukit dan menuruni bukit (supaya ianya menjadi lebih berat dan tidak laju).
- Menukar giar dengan cara yang betul (tidak kasar) kereta bergerak dengan lancar iaitu tidak melepaskan clutch secara mengejut atau pedal minyak dan clutch hendaklah ditekan atau di lepas secara seimbang supaya kereta tidak bergerak terhenjut-henjut.
Tuesday, November 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment